wahabinews

Mengungkap Fakta Wahabi

Siapakah Wahabi yang Sebenarnya ?

Pada kurun yang ke dua belas (12) hijrah telah lahir satu golongan yang menyempal dari manhaj (pegangan Ahli Sunnah) yang sebenar. Mereka ini dikenali dengan AL-WAHHABIAH yaitu pengikut Muhammad bin Abdul Wahab an-Najdi, dia merupakan pengasas kumpulan ini. Permulaan kelahiran kumpulan ini pada tahun 1143 hijrah, ia membawa fikrah/fahaman yang kononnya berdasarkan kepada al-Quran dan Sunnah tetapi sebenarnya mereka ini jauh terpesong dari fahaman ahli Sunnah yang sebenar.

Muhammad bin Abdul Wahab ini telah mengambil fahaman-fahaman dari Ibnu Taimiyyah dan ibn Qaiyyim aj-Jauziah yang sesat dan bercanggah dengan ijmak ulamak, Abu Zur’ah al-Iraqi berkata dalam kitabnya al-ajwibah marziah ‘Ibnu Taimiah telah melanggar 60 masalah yang telah disepakati oleh ulamak dalam bidang usul dan furuk’. Perkara ini disedari oleh ulamak pada ketika itu dan mereka telah mengambil tindakan dengan menulis buku melawan hujjah fikrah@fahaman Muhammad bin Abdul Wahab tersebut. Antara mereka yang menulis buku menolak dan melawan hujjah(fahaman) Muhammad bin Abdul wahab ini ialah Syaikh Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi dalam kitabnya ‘Hawashi Syarah Ibnu Hajar ala Matan Biafzal’ begitu juga Kakak Muhammad bin Abdul Wahab turut menulis buku menolak fikrahnya dengan begitu keras dan tegas dalam bukunya ‘Sowaikh Ilahiyyah fi Raddi ala Wahhabiah’ dan satu lagi buku ‘Fasal Khitab fi Raddi ala Muhammad bin Abdul Wahab’.

Golongan wahhabiah ini telah merebak ke serata dunia dan menyebarkan ajaran mereka tetapi menerima kegagalan kerana disana ramai golongan ahlussunnah menolak dan menghentam fahaman sesat mereka, akan tetapi pada akhir ini mereka telah bersembunyi disebalik nama as-Salafiah (iaitu mereka yang hidup 3 kurun pertama selepas kewafatan Rasullullah seperti yang ditafsirkan oleh ibn Asakir) untuk menyebarkan ajaran sesat mereka, maka kita sebagai umat islam yang berada dilandasan ahlussunnah hendaklah melawan dan memberi amaran kepada umum bahayanya golongan ini.

Di sini saya akan beri beberapa perkara yang dibawa oleh golongan wahabi bercanggah dengan fahaman ahlussunnah waljamaah sebagai peringatan untuk kita semua:-

1-Membawa fahaman tasybih dan tajsim, mereka menganggap bahawa Allah duduk diatas Arash sedangkan sifat duduk(berjisim) sifat bagi makhluk, maka kita tidak boleh mengatakan Allah itu duduk, sedangkan Imam Abu Hassan as-Syaari dalam kitabnya an-Nawadir mengatakan ‘sesiapa yang beriktikad bahawa Allah itu berjisim maka sesungguhnya dia tidak kenal tuhannya dan dia jatuh kufur(murtad) beriktikad sedemikian’ begitu juga Imam Ahmad bin Salamah ataupun lebih dikenali dengan Abu Jaafar at-Thohawi dalam kitabnya Akidah at-Thohawiyyah yang telah diiktiraf oleh ulamak sebagai Akidah Ahli Sunnah Waljamaah mengatakan ‘sesiapa yang menyifatkan Allah seperti sifat-sifat makhluk jatuh kufur(murtad) ‘.

2-Mereka mengatakan ziarah pada hari raya adalah bid’ah sesat, sedangkan rasullullah menyuruh kita menziarah kaum kerabat pada hari tersebut seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad.

3-Mereka menfatwakan haram menuturkan perkataan ‘sodaqallah hulazim’ selepas membaca al-Quran, sedangkan Allah Taala berfirman dalam surah ali-Imran ayat 95 mafhumnya “katakanlah ‘sodaqallah’ iaitu Allah maha benar”.

4-Mereka juga mengatakan sesugguhnya menggunakan tasbih, solawat keatas nabi selepas azan, doa qunut, sembahyang sunat sebelum Jumaat dan kuliah sebelum Jumaat adalah bid’ah. Mereka mengatakan bahawa sesiapa yang berselawat keatas Rasul selepas azan seperti orang yang berzina dengan ibunya sendiri semua ini tersebut dalam kitab ‘Tarikh al-Sultanah al-Osmaniah’ , kitab ‘ad-Dalilul Kafi’ dan kitab ‘Fitnah al-Wahhabiah’ .

5-Mereka tidak bersependapat dengan umat islam yang lain dan mengatakan selain mereka adalah sesat kerana mengharuskan bacaan al-Qur’an keatas jenazah seperti mana yang tersebut dalam kitab mereka ‘fatawa muhimmah’ sedangkan syaikh mereka iaitu Ibn Qayyim al-Jauziyyah menganggap bahawa ianya adalah perbuatan yang baik yang disepakati oleh ulamak dalam
kitabnya ‘ar-ruh’. Maka adakah mereka ini (wahabi) menghukumkan keatas syaikh mereka ini dengan kufur ataupun sesat?

6-Mereka mengatakan sesungguhnya Abu Jahal dan Abu Lahab lebih mentauhidkan Allah dan ikhlas imannya daripada orang-orang Islam yang mana mereka mengucapkan dua kalimah syahadah, tetapi mereka bertawasul dengan nabi-nabi dan wali-wali seperti mana yang terdapat dalam kitab mereka ‘kaifa nafham tauhid’

7-Mereka menganggap kubah hijau yang terdapat di Masjid Nabi sebagai lambang kesyirikan dan cuba hendak meruntuhkannya seperti mana yang tersebut dalam kitab mereka ‘Tahzirus Sajid’. Nas kata mereka dalam kitab tersebut ialah ‘tidaklah tinggal dari lambang berhala kecuali kubah hijau’. Sedangkan dibawah Kubah Hijau tersebut ada Makam Rasullullah.

8-Mereka menganggap ziarah kubur Rasul adalah syirik yang tersebut dalam kitab mereka ‘al-Fatawa al-kubra’ sedangkan Rasul bersabda “sesiapa yang telah menziarahi kuburku wajib baginya mendapat syafaat dari aku” diriwayatkan oleh Imam Addarul Qutni dan Imam as-Subki.

9-Mereka menyesatkan semua orang islam yang mengadakan majlis maulidul rasul dan menganggapnya sebagai haram seperti tersebut dalam kitab mereka ‘Fatawa Muhimmah’ sedangkan syaikh mereka iaitu Ibnu Taimiah telah berkata dalam kitabnya ‘iqtidhok sirat al-mustaqim’ bahawasanya sesiapa mengadakan majlis maulud mungkin diberi ganjarannya oleh Allah Taala.
Maka! apakah hukuman kepada syaikh mereka ini? Dalam waktu yang sama mereka membid’ahkan diri mereka sendiri dengan berhimpun untuk mempelajari dan mengingati sejarah hidupnya (Muhammad bin Abdul Wahab) dan mereka mengadakan seminar-seminar serta mengeluarkan wang yang banyak untuk tujuan tersebut seperti mana tersebut dalam kitab mereka ‘haza waladi’.

10-Mereka menghukumkan keatas ahli Syam, Yaman, Maghrib, Iraq dan Mesir dengan syirik dalam kitab mereka ‘fathul majid’ yang dikupas oleh Ibn Baz sedangkan disana Rasullullah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari mafhumnya ‘ya Allah berkatilah bumi Syam dan bumi Yaman’. Jika sangkaan mereka semua ahli negara tersebut adalah kufur maka siapakah yang sebenarnya islam?. 11-Mereka telah mengkufurkan golongan Syiah dan juga Jamaah Tabligh di dalam kitab ‘At-Tahzir Min Jamaah al-Tabligh’, juga mengatakan akidah Al-Azhar adalah akidah syirik di dalam majalah ‘al-Zikro’.

12-Di dalam majalah ‘Al-majallah’ bilangan (830) tahun ?(1996) mereka telah mengatakan Syaikh Hasan Al-Banna musyrik serta menganggap dia penyeru kepada syirik dan kesesatan .

13-Didalam majalah ‘Alliwak’ bertarikh (7.8.1992) berfatwa bahawa haram bagi penduduk Palestin tinggal tetap di bumi Palestin dan mereka wajib keluar daripadanya. Disebut juga didalam kitab ‘Fatawa al-Albani’. Daripada mana mereka mengambil fatwa (keputusan) seperti ini? Sedangkan dalam masa yang lain mengeluarkan fatwa membolehkan penggunaan tentera Amerika untuk membunuh umat Islam dengan menyerang Iraq.

14-Pada tahun (1220 hijrah) mereka telah mengepung Mekah sehinggakan penduduknya memakan daging anjing kerana kelaparan. Mereka juga memasuki Madinah dan meruntuhkan bilik Nabi di Masjid Nabi. Semua ini di sebut didalam kitab – kitab tarikh (buku sejarah) seperti ‘Fitnah Al-Wahhabiah’ oleh Syaikh Zaini Dahlan, ‘Kitab Kasyful Irtiyab’ oleh Sayid Muhsin
Al-Amin Al-Husaini, Kitab ‘Raudah Al-Muhtajin’ oleh Syaikh Ridwan Al-Adli dan banyak lagi yang menceritakan sejarah bagi waktu tersebut.

Begitulah sedikit sebanyak yang dapat dipaparkan disini kesesatan dan penyelewengan yang dibawa oleh pengikut Muhammmad bin Abdul Wahab, maka jelaslah kepada kita betapa bahayanya golongan ini, sewajarnyalah kita memberi peringatan dan menjauhkan diri dari golongan ini, ulamak pernah berkata “kita mengetahui keburukan dan kejahatan bukannya kita hendak mengikuti kejahatan dan keburukan tersebut tetapi kita mengambilnya sebagai peringatan dan menjauhkan diri darinya”. Wallahu a’lam wa ahkam

Muhammad bin Abdul Wahab dan Gerakan Al-Wahabiyah:

Kebanyakan mereka yang menulis tentang wahabi dan kemudian menyanjung golongan ini mengambil sumber-sumber tentang wahabi dari golongan yang datang selepas dari zaman Muhammad bin Abdul Wahab (pengasas mazhab Wahabi).

Sebaliknya tulisan-tulisan orang yang hidup sezaman dengan Muhammad bin Abdul Wahab ini dikesampingkan begitu sahaja.

Tidakkah penyokong golongan wahabi itu tahu bahawa abang Muhammad bin Abdul Wahab yang bernama Syaikh Sulaiman Abdul Wahab turut menentang beliau dan mengarang dua buah kitab yang berjudul Faslul Khitob Fi Raddi ‘Ala Muhammad bin Abdul Wahab dan juga kitab As-Sawa’iq Al-Ilahiyah Fi Raddi ‘Ala Al-Wahhabiah?

Tidakkah penyokong-penyokong golongan Wahabi ini tahu bahawa bapa Muhammad bin Abdul Wahab yang bernama Syaikh Abdul Wahab (salah seorang ulama mazhab Hanbali) turut menentang beliau dan bapanya mengatakan: “Lihatlah kejahatan yang bakal datang dari Muhammad ini” seperti yang dinyatakan oleh Syaikh Muhammad bin Abdullah Humaid An-Najdi Al-Hanbali dalam kitabnya As-Suhub Al-Wabilah (kitab biografi ulama-ulama dalam mazhab Hanbali).

Dalam kitab ini juga disebutkan bahawa Muhammad bin Abdul Wahab ini jika tidak dapat membunuh orang yang menentangnya pada waktu siang dia akan menghantar utusannya untuk membunuh orang tersebut pada waktu malam sama ada di pasar atau ditempat tidurnya. Bahkan antara orang yang hampir menjadi mangsanya ialah abang kandungnya sendiri iaiatu Syaikh Sulaiman.

Benar seperti yang dikatakan bahawa Muhammad bin Abdul Wahab ini terpengaruh dengan kitab-kitab Ibnu Taimiyah dan juga Ibnul Qayyim Al-Jauziyah. Hal ini turut dinyatakan oleh pengarang kitab As-Suhub Al-Wabilah di mana beliau mengatakan bahawa Muhammad bin Abdul Wahab ini terlalu menyanjung Ibnu Taimiyah dan Ibnul Qayyim seolah kata-kata dua orang tersebut seperti nas kitab yang tidak boleh disanggah.

Maka tidak pelik jika Muhammad bin Abdul Wahab mengulang apa yang diperkatakan oleh Ibnu Taimiyah antaranya tidak boleh bertawassul dengan orang yang sudah mati, ziarah kubur nabi syirik, ayat-ayat mutasyabihat perlu diambil secara ZAHIR tanpa perlu ditakwilkan dengan dakwaan ini adalah mazhab salafus soleh sedangkan akidah salafus soleh yang sebenar berbeza dengan apa yang didakwa oleh Ibnu Taimiyah.

Sebenarnya gerakan Wahabi sejak awal memang sudah menjadi gerakan yang ekstrim bukan seperti yang didakwa bahawa pengaruh ekstrimisme ini berkembang terkemudian. Bagaimana tidak dikatakan ekstrim jika Muhammad bin Abdul Wahab ini mengatakan bahawa umat Islam sejak 600 tahun sebelum beliau, berada dalam keadaan syirik dan beliau datang untuk membawa umat Islam masuk semula ke dalam ajaran tauhid.

Adakah sepanjang 600 tahun tersebut tidak ada ulama yang faham agama melainkan selepas kedatangan Muhammad bin Abdul Wahab sahaja barulah agama ini dapat difahami dengan sempurna? Tidak adakah ulama yang faham agama sepanjang 600 tahun tersebut sehingga membiarkan umat Islam berada dalam syirik?

Keganasan (irhab) yang dilakukan oleh beliau dan para pengikutnya yang berterusan hingga ke hari ini tidak lain tidak bukan kerana idea ekstrim yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahab sejak mula lagi.Orang yang tergamak mengatakan bahawa umat Islam ini berada dalam syirik dan jahiliyyah selama 600 tahun tidak teragak-agak untuk menghalalkan darah umat Islam yang tidak sealiran dengannya dengan anggapan bahawa mereka adalah kaum musyrikin.

Bukti yang dapat menunjukkan bahawa ajaran Wahabi ini memandang orang Islam lain yang tidak sealiran dengannya sebagai kafir ialah seperti yang dilakukan oleh Abdul Aziz Bin Baz dalam ulasannya terhadap kitab Fathul Majid (yang merupakan kitab akidah golongan Wahabi) di mana beliau mengatakan bahawa orang Mesir TUHAN mereka adalah Ahmad Badawi (seorang wali), orang-orang Iraq tuhan mereka adalah Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani, orang-orang Syam pula tuhan mereka adalah Ibnu Arabi!! Adakah disebabkan umat Islam menziarahi kubur para wali tersebut maka mereka terus dilabel sebagai menyembahnya? !!

Lihatlah bagaimana tokoh Wahabi ini mengkafirkan umat Islam yang berada di negara-negara tersebut secara umum dan keseluruhan! . Tindakan yang Abdul Aziz bin Baz lakukan ini tidak pelik dan tidak menghairankan kerana pengasas gerakan Wahabi ini sudah mendahului beliau sejak dahulu lagi dengan iktikadnya bahawa umat Islam berada dalam syirik sejak 600 tahun sebelum beliau.

Pengikut-pengikut Wahabi tidak boleh menipu sejarah. Syaikh Ahamd Zaini Dahlan dalam kitabnya Al-Fitnatul Wahabiyah menceritakan kekejaman dan penumpahan darah yang dilakukan oleh golongan wahabi terhadap orang yang tidak selairan dengannya. Mereka pernah mengepung penduduk Taif sehingga penduduk Taif terpaksa makan anjing untuk mengelakkan kebuluran.

Kemudian diceritakan pula bahawa seorang buta yang berselawat ke atas nabi selepas azan diperintahkan oleh Muhammad bin Abdul Wahab supaya dibunuh. Namun cerita ini dinafikan oleh pengikut golongan Wahabi dengan dakwaan dalam mazhab Hanbali selawat ke atas nabi adalah wajib, jadi bagaiman mereka membunuh orang yang berselawat ke atas nabi. Alangkah jauh qias yang dibuat oleh mereka. Masalahnya golongan wahabi menganggap barangsiapa yang berselawat ke atas nabi selepas azan dengan menyaringkan suara maka orang tersebut telah melakukan bid’ah yang sesat!. Kita bukan bercerita tentang orang berselawat ke atas nabi dalam solat wahai pengikut wahabi! cubalah gunakan akal untuk memahami sesuatu dengan baik!

Rupanya cerita ini tidak berakhir di zaman Muhammad bin Abdul Wahab sahaja bahkan berulang semula pada awal kurun ke 20 di Syria. Cuma yang berbeza kali ini, tiada nyawa yang melayang. Salah seorang pengikut Muhammad Nasiruddin Al-Albani (salah seorang tokoh wahabi moden yang degil dan tegas dengan kewahabiannya) ketika mendengar muazzin berselawat ke atas nabi selepas azan terus menyatakan:” Kamu sama seperti orang yang berzina dengan ibunya sendiri!”.

Adakah orang yang berselawat ke atas nabi dosanya seperi berzina dengan ibunya sendiri?!!.Maka mufti Syria pada waktu itu yang bernama Abul Yusr Abidin mengeluarkan amaran keras kepada Al-Albani supaya berhenti menyebarkan kesesatannya atau beliau akan dipenjarakan.

Begitu juga pada tahun 1924, berlaku serangan wahabi ke atas penduduk-penduduk di selatan Jordan. Antara kawasan yang diserang oleh golongan wahabi ini ialah Ma’an, Madaba dan kawasan-kawasan lain di bahagian selatan Jordan. Peristiwa ini dicatatkan dalam sejarah Jordan dan tidak dapat diubah oleh wahabi walaupun mereka cuba menafikan tarikh mereka yang hitam tersebut. Dan kalau ditanya kepada pengikut wahabi mengapa mereka menyerang umat Islam tersebut, mereka akan menjawab: “Untuk menyelamatkan kaum tersebut dari syirik!!”. Tidakkah ini menunjukkan bahawa golongan wahabi menganggap bahawa semua umat Islam ini telah syirik dan kafir melainkan yang menjadi pengikut mereka sahaja tidak kafir?.

Bahkan Al-Albani sendiri seolahnya berbangga dengan gerakan dakwah Wahabi yang menggunakan senjata dan penumpahan darah di mana dinyatakan dalam kitabnya Fatawa Al-Albani: “Dakwah Wahabiah ialah dakwah yang menggabungkan antara ilmu dan PEDANG!!!”. Di sini dapat dilihat bahawa memangnya golongan wahabi menganggap orang selain mereka sebagai musyrik kafir kerana jikalau mereka tidak menganggap yang demikian, mengapa mereka menyatakan:” Dakwah wahabiah ialah dakwah yang menggabungkan ilmu dan pedang”. Adakah dakwah sesama umat Islam perlu menggunakan pedang ataupun dakwah menggunakan pedang ini untuk orang yang sudah murtad dan kafir?

Saya berharap sesiapa yang memuji Muhammad bin Abdul Wahab ini menoleh semula ke belakang dan merenung sejarah gerakan wahabi ini. Masalah wahabi bukan setakat yang digemburkan oleh sesetengah orang bahawa mereka mahu umat Islam meninggalkan taqlid mazhab yang membabi buta, bahkan lebih dari tu.

Barangsiapa yang menyelidiki akidah go mewajibkan rakyat untuk patuh secara mutlak kepada pemimpin-pemimpin mereka.
– melarang mendirikan bioskop sama sekali.
– menerapkan hukum Islam hanya atas rakyat jelata, dan membebaskan hukum atas kaum bangsawan, kecuali karena alasan politis.
– mengizinkan perbudakan sampai tahun ’60-an.

Mereka juga menyebarkan mata-mata atau agen rahasia yang selama 24 jam memonitor demi mencegah munculnya gerakan anti-kerajaan.

Wahabisme juga sangat tidak toleran terhadap paham Islam lainnya, seperti terhadap Syi’ah dan Sufisme (Tasawuf). Wahabisme juga menumbuhkan rasialisme Arab pada pengikut mereka. Tentu saja rasialisme bertentangan dengan konsep Ummah Wahidah di dalam Islam.

Wahhabisme juga memproklamirkan bahwa hanya dia saja-lah ajaran yang paling benar dari semua ajaran-ajaran Islam yang ada, dan siapapun yang menentang Wahabisme dianggap telah melakukan BID’AH dan KAFIR!

Lahir-nya ajaran Wahabi/Salafi/Manhaj Salaf

Wahhabisme atau ajaran Wahabi muncul pada pertengahan abad 18 di Dir’iyyah sebuah dusun terpencil di Jazirah Arab, di daerah Najd.

Kata Wahabi sendiri diambil dari nama pendirinya, Muhammad Ibn Abdul-Wahhab (1703-92). Laki-laki ini lahir di Najd, di sebuah dusun kecil Uyayna. Ibn Abdul-Wahhab adalah seorang mubaligh yang fanatik, dan telah menikahi lebih dari 20 wanita (tidak lebih dari 4 pada waktu bersamaan) dan mempunyai 18 orang anak. Sebelum menjadi seorang mubaligh, Ibn Abdul-Wahhab secara ekstensif mengadakan perjalanan untuk keperluan bisnis, pelesiran, dan memperdalam agama ke Hijaz, Mesir, Siria, Irak, Iran, dan India.

Walaupun Ibn Abdul-Wahhab dianggap sebagai Bapak Wahabisme, namun aktualnya Kerajaan Inggeris-lah yang membidani kelahirannya dengan gagasan-gagasan Wahabisme dan merekayasa Ibn Abdul-Wahhab sebagai Imam dan Pendiri Wahabisme, untuk tujuan menghancurkan Islam dari dalam dan meruntuhkan Daulah Utsmaniyyah yang berpusat di Turki. Seluk-beluk dan rincian tentang konspirasi Inggeris dengan Ibn Abdul-Wahhab ini dapat Anda temukan di dalam memoar Mr. Hempher : “Confessions of a British Spy”

Selagi di Basra, Iraq, Ibn Abdul-Wahhab muda jatuh dalam pengaruh dan kendali seorang mata-mata Inggeris yang dipanggil dengan nama Hempher yang sedang menyamar (undercover), salah seorang mata-mata yang dikirim London untuk negeri-negeri Muslim (di Timur Tengah) dengan tujuan menggoyang Kekhalifahan Utsmaniyyah dan menciptakan konflik di antara sesama kaum Muslim. Hempher pura-pura menjadi seorang Muslim, dan memakai nama Muhammad, dan dengan cara yang licik, ia melakukan pendekatan dan persahabatan dengan Ibn Abdul-Wahhab dalam waktu yang relatif lama.

Hempher, yang memberikan Ibn Abdul-Wahhab uang dan hadiah-hadiah lainnya, mencuci-otak Ibn Abdul-Wahhab dengan meyakinkannya bahwa : Orang-orang Islam mesti dibunuh, karena mereka telah melakukan penyimpangan yang berbahaya, mereka – kaum Muslim – telah keluar dari prinsip-prinsip Islam yang mendasar, mereka semua telah melakukan perbuatan-perbuatan bid’ah dan syirik.

Hempher juga membuat-buat sebuah mimpi liar (wild dream) dan mengatakan bahwa dia bermimpi Nabi Muhammad Saw mencium kening (di antara kedua mata) Ibn Abdul-Wahhab, dan mengatakan kepada Ibn Abdul-Wahhab, bahwa dia akan jadi orang besar, dan meminta kepadanya untuk menjadi orang yang dapat menyelamatkan Islam dari berbagai bid’ah dan takhayul.

Setelah mendengar mimpi liar Hempher, Ibn Abdul-Wahhab jadi ge-er (wild with joy) dan menjadi terobsesi, merasa bertanggung jawab untuk melahirkan suatu aliran baru di dalam Islam yang bertujuan memurnikan dan mereformasi Islam.

Di dalam memoarnya, Hempher menggambarkan Ibn Abdul-Wahhab sebagai orang yang berjiwa “sangat tidak stabil” (extremely unstable), “sangat kasar” (extremely rude), berakhlak bejat (morally depraved), selalu gelisah (nervous), congkak (arrogant), dan dungu (ignorant).

Wanita pertama adalah seorang wanita beragama Kristen dengan panggilan Safiyya. Wanita ini tinggal bersama Ibn Abdul Wahhab di Basra. Wanita satunya lagi adalah seorang wanita Yahudi yang punya nama panggilan Asiya. Mereka menikah di Shiraz, Iran.

 

Sumber Link: http://satuislam.wordpress.com/2012/02/22/siapakah-wahabi-yang-sebenarnya/

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Maret 25, 2012 by .
%d blogger menyukai ini: