wahabinews

Mengungkap Fakta Wahabi

ALBANI DAN PERLAKUAN JENAYAH ILMU

(KOMEN SHEIKH MAHMUD SA’EED MAMDUH : ALBANI TELAH MEMBAWA BUDAYA DARI ATAS KEBAWAH SEDANGKAN APA YANG SEWAJARNYA BUDAYA DARI BAWAH KE ATAS.BUDAYA INI JUGA MEMBAWA KEPADA MEREKA YANG MENGIKUTI PARA ULAMA DAN IMAM-IMAM , MENINGGALKAN, DAN MENGIKUTI BELIAU SAHAJA)

 

 

Kitab berjodol: التعريف بأوهام من قسم السنن الى صحيح و ضعيف yang telah ditulis oleh Sheikh Mahmud Sa’eed Mamduh adalah menjelas tentang bagaimana Albani telah menjadi guru besar untuk mentashihkan semula hadith-hadith yang telah sahih di sisi Imam-Imam besar dalam bidang hadith.

 

Sheikh juga mengulas bagaimana Albani telah melakukan jenayah ilmiyyah dengan membahagikan 4 bahagian kepada 2 bahagian sahaja.Kalau ulama telah membahgikan hadith kepada :

 

1-hadith sahih

2- hadith hasan

3- hadith dha’if

4- hadith maudhu’,

 

Namun Albani telah melawan arus dan menentang ijma ulama sunni dengan membahagikan kepada :

 

1- hadith sahih dan hasan yang boleh beramal dengan keduanya ,

2- hadith dha’if dan maudhu’ yang tidak boleh ber’amal dengan keduanya, bahkan  tidak boleh menggunakannya untuk targhib (fadhilah) sekalipun.

 

Didalam kitab yang berjumlah 6 jilid ini , Sheikh Mahmud Sa’eed Mamduh telah menjelaskan semula hadith-hadith yang telah dipermainkan oleh Albani dalam mentashihkan (mensahihkan) dan mentadha’ifkan (melemahkan) semula hadith-hadith mengikut selera beliau. Sheikh Mahmud telah menjelaskan semula hadith-hadith yang telah dicelarukan oleh Albani yang hampir mencecah 1000 buah hadith, dari bab TAHARAH sehingga bab KELEBIHAN MEKAH.

 

MAN yang dimaksud didalam tajuk kitab ini adalah merujuk kepada Nasiruddin Albani.Mejoriti tokoh-tokoh wahabi di seluruh dunia bertaqlid secara tanpa usul periksa dengan beliau.Seakan-seakan Albani mengungguli seluruh ulama dan ilmuan dari timur sampai ke barat, yang pada hakikatnya adalah satu yang palsu dan bohong.

 

Pada hari ini agamawan dari lepasan al-Azhar pun terkadang terpedaya dan terikut-ikut dengan mainan kaum Wahabi dengan merujuk kepada Albani dalam mentashihkan hadith-hadith.

 

Siapalah Albani di sisi para imam-imam muhaddisin??sehingga cuba untuk menilai semula hadith-hadith yang telah selesai pembahagiannya.

 

Mana-mana hadith yang sesuai dengan aliran wahabnya , maka beliau akan mensahihkan hadith tersebut dan sebaliknya mana-mana hadith yang tidak sesuai dengan selera nafsu dan aliran wahabnya , maka hadith tersebut di anggap lemah di sisi beliau.

 

Pembahagian hadith dha’if bersama hadith maudhu’ membawa implikasi yang sangat besar terhadap seluruh hukum-hakam yang telah dibina dan ditinggalkan kepada kita .Ini bererti segala ijtihad ulama yang telah selesai terpaksa dirombak semula dan segala khazanah yang tidak ternilai ini terpaksa diketepikan.Yang paling menakutkan, zahirlah MAZHAB ALBANI yang sesat lagi menyesatkan dan suram segala mazahib yang telah diijma’kan kebenarannya oleh al-sawad al-’azam(mejoriti ulama islam).Namun penulis yakin sepenuh hati kebenaran tidak akan padam sama sekali ,kerana Rasulullah telah menjanjikan taifah (kumpulan) kebenaran akan terus ada dan hidup segar disetiap zaman.

 

Ini bermakna segala turath peniggalan para ulama berkurun-kurun lamanya terpaksa diketepikan dan penyusunan semula ijtihad terpaksa dilakukan .Ini adalah kerja gila dan mustahil bagi umat yang terkemudian dan tidak sama sekali berkemampuan untuk melakukan semua ini.Sheikh Mahmud Sa’eed Mamduh telah mengulas dengan panjang lebar berhubung perkara ini dalam jilid yang pertama.

 

Bagi saudara-saudara ku dari kaum wahabi , marilah kita berfikir semula akan apa yang berlaku dan janganlah kita menyesal dikemudian hari, kerana penyesalan yang terlewat adalah penyesalan yang tidak berguna lagi.

 

 

Sumber Link:
http://al-subki.blogspot.com/
http://salafytobat.wordpress.com/2009/02/16/albany-wahaby-mencelarukan-lebih-dari-1000-hadits/

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Maret 23, 2012 by .
%d blogger menyukai ini: