wahabinews

Mengungkap Fakta Wahabi

WAHHABI KAFIRKAN ULAMA SALAF

WAHHABI KAFIRKAN ULAMA SALAF

RINGKAS Apabila sasterawan dan ilmuan islam mentafsirkan firman Allah ta’ala dalam surah Toha ayat 5: “Ar-Rahman (Allah) Istawa Atas Arasy” dengan tafsiran ‘Istawa’ itu diertikan dengan ‘Istaula’: ( Menguasai tanpa didahului dengan perebutan), kesemua Wahhabi bangkit mengkafirkan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mentafsirkan atau mentakwilkan sedemikian. Kononnya atas dasar tafsiran ‘Istawa’ tersebut kepada ‘Istaula’ adalah menafikan sifat Allah. Padahal hakikatnya Wahhabilah yang mengubah erti firman Allah tersebut dengan menta’yikan ertinya ‘Allah Duduk Di Atas Arasy’ dan kenyataan Wahhabi sedemikian amatlah bertentangan dengan akidah islam dan amat bertepatan dengan akidah yahudi.( Rujuk pentakfiran & pengubahan ayat oleh Wahhabi terhadap takwilan dan tafsiran Ahli Sunnah dalam kitab mereka: Syarah Al-Aqidah Al-Wasatiyah oleh Tok Guru Wahhabi Muhammad Al-Uthaimien, Al-Kalimat Al-Hisan oleh Wahhabi Abdul Hadi Wahby, Bid’ah oleh Rasul Dahri dan ramai lagi ). HARUS TAKWIL ‘ISTAWA’ KEPADA ‘ISTAULA’ Bagi ulama islam yang mentakwilkan ayat Mutasyabihaat dengan Takwilan Ijmaliah, mereka telah mendusuri tafsiran ayat-ayat tersebut berdasarkan bahasa arab yang tulen. Perkataan ‘Istaula’ dalam bahasa arab datang dengan makna: ‘Qoharo’ iaitu menguasai. Allah ta’ala sendiri mensifatkan diriNya sebagai Al-Gohir iaitu Maha Menguasai. Firman Allah dalam surah Al-An’aam ayat 18 yang bermaksud: “Dan Dialah(Allah) Maha Menguasai Ke Atas HambaNya”. Perkara ini bukanlah merubah ayat lafaz Al-Quran mahupun merubah maknanya bahkan ianya merupakan satu penerangan ayat berdasarkan tafsiran ayat dengan ayat Allah yang lain dan ini adalah kaedah tafsir yang paling utama. Apabila takwilan atau tafsiran ‘Istawa’ kepada ‘Istaula’ dimuatkan oleh para ulama tafsir dan ulama hadith juga, hendaklah difahami bahawa ‘istaula’ ketika itu bererti: menguasai (tanpa didahului dengan pergaduhan dan perebutan) dalam erti yang lebih mudah ianya telah diertikan dengan maksud ‘Qoharo’ : menguasai, ini sesuai dengan firman Allah yang mensifatkan diriNya sebagai Maha Menguasai berdasarkan firmanNya dalam surah Ar-Ro’d ayat 16 yang bermaksud: Dan Dialah(Allah) Maha Esa Yang Menguasai”. Tidak ada kesalahan mentakwilkan ‘Istawa’ kepada erti Menguasai kerana Allah dah sifatkan Ia sebagai Maha Menguasai. ULAMA SALAF TAKWIL ‘ISTAWA’ KEPADA ‘ISTAULA’ Terlalu ramai ulama islam zaman salaf muktabar (hidup sebelum 300H) yang mentakwilkan firman Allah dalam surah Toha ayat 5 dengan erti ‘Istaula’ iaitu: Menguasai. Antaranya: 1- As-salafi Abdullah Bin Yahya Bin Al-Mubarak yang meninggal pada tahun 237H menyatakan dalam tafsir beliau berjudul Ghoribu Al-Quran Wa Tafsiruhu m/s 113 cetakan Muassasah Ar-Risalah Beirut katanya: “ Firman Allah: ‘Arrahman ‘ala arasyi istawa’ istawa bererti istaula(menguasai)”. 2- Imam Abu Ishaq Ibrahim As-Sarri Az-Zajjaj yang meninggal tahun 311H dalam kitab tafsir beliau berjudul Ma’ani Al-Quran Wa I’robuhu jilid 3 m/s 350 cetakan Alam Al-Kutub Beirut katanya : “ Makna Istawa adalah Istaula (menguasai)”. 3- Imam Abu Mansur Al-Maturidi yang hebat terkenal dengan Imam Ahli Sunnah Wal Jamaah meninggal tahun 333H dalam kitab beliau berjudul Ta’wilaat Ahlu Sunnah jilid 1 m/s 85 cetakan Al-Kaherah menyatakan: “ Firman Allah dalam surah Toha ayat 5 antaranya Istawa bererti Istiila’ (menguasai)”. Inilah diantara ulama salaf sebenar dapat dijelaskan bahawa mereka mentakwil istiwaAllah bererti istaula iaitu menguasai. Maka kemanakah pengkafiran Wahhabi terhadap Ahli Sunnah Wal Jamaah kononnya atas dasar Ahli Sunnah mentakwilkan ‘Istawa’ kepada ‘Istaula?! Adakah ulama-ulama salaf seperti di atas dan yang lain juga adalah kafir disisi Wahhabi kerana mereka mentakwil?! Jawapannya sudah tentu Wahhabi mengkafirkan ulama salaf kerana Wahhabi adalah penghidup akidah yahudi: ‘Allah Duduk’. AZ-ZAHABI KAFIRKAN AKIDAH ‘ ALLAH DUDUK’ Wahhabi dan selain mereka yang menta’yinkan makna ‘Istawa’ dengan bersemayam atau duduk, hakikatnya mereka tidak langsung berlandaskan kaedah tafsiran sebenar samaada tafsiran ayat dengan ayat ataupun tafsiran ayat dengan hadith. Bahkan kenyataan ‘Allah Duduk’ merupakan satu kekufuran sepertimana yang telah dinyatakan dan dijelaskan oleh Az-Zahabi dalam kitabnya berjudul Al-Kabair m/s 157 cetakan Dar Kutub Al-Arabi Beirut. (Sila rujuk demi menilai kebenaran). Wahhabi yang berakidah ‘Allah Duduk’ fanatik terhadap Az-Zahabi pun tidak sedar bahawa Az-Zahabi sendiri kafirkan akidah ‘Allah Duduk’. Bertaubatlah wahai Wahhabi, Asri, Rasul Dahri dan lain-lain. Semoga Allah memberi kemenangan terhadap Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam memperjuangankan agamaNya yang murni ini.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Februari 25, 2012 by .
%d blogger menyukai ini: